Perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

25hb September 2025

MACM telah mengadakan perbincangan dengan Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Osman Abdul Wahid, Jurutera Mekanikal antara lain membincangkan;

  1. Penyelarasan speksifikasi kerja kontrak membersih bangunan. En Noruddin; Presiden MACM memaklumkan bahawa kerajaan dalam proses melaksanakan kontrak berasaskan prestasi.
  2. Kualiti kerja pembersihan yang tidak mencapai standard. Perkara ini berlaku disebabkan pekerja tidak dilatih cara kerja yang betul dan berkesan.
  3. Penilaian kontraktor pembersihan berdasar kepada perancangan kerja pembersihan, pengurusan kakitangan, pengurusan kualiti dan rekod prestasi kontraktor. Manakala harga ditawarkan hanya 30% dari markah keselurohan.
  4. En Noruddin turut mencadangkan kerjasama MACM dengan JKRWP untuk melaksanakan Kajian Masa Kerja Mencuci bagi membantu kontraktor dan pelanggan menganggarkan keperluan tenaga pekerja dengan lebih tepat.
  5. Turut dicadangkan ialah Bengkel Penetapan Harga Minimum Kontrak bagi mengelak kontraktor menawarkan harga terlalu rendah sehingga memaksakan pekerja pencuci dan kualiti perkhidmatan tidak mencapai standard.

Turut hadir pegawai-pegawai dari JKR; Pn. Nor Azizah Ramli Jukuukur Bahan, Pn. Norsuliza Abdul Razak Penolong Jurutera. Manakala dari MACM, En Noruddin Idris, En Nik Husin Nik Yusoff, EN Hakimi Rosli, En Muzaini Mohd Zain dan Pn. Zaleha Hamzah.

Facebook X WhatsApp Threads
Shopping Cart
Scroll to Top