MESYUARAT MACM BERSAMA KPDN

Pada 27 Januari 2026, MACM telah mengadakan mesyuarat dengan Bahagian Pembangunan Perniagaan, Syarikat dan Jualan Lansung (BPPSJL) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Mesyuarat dipengerusi oleh Dato’ Rohaizi bin Bahari, Setiausaha Bahagian. Ia bertujuan untuk memperkenalkan MACM kepada pegawai-pegawai baru yang mengambil tanggungjawap memantau sektor-sektor yang tidak dikawal selia, termasuk sektor pembersihan.

Tiga slides, yang memperkenalkan MACM, gambaran keselurohan sektor pembersihan di Malaysia dan hala tuju sektor pembersihan telah dibentangkan oleh Tn Presiden, En NORUDDIN HJ IDRIS.

KPDNKK menerima baik usaha memperkasakan sektor pembersihan seperti yang dibentangkan dalam slide ‘Hala Tuju Sektor Pembersihan’. Pengerusi Mesyuarat, Dato’ Rohaizi menyatakan bahawa tahun 2026, KPDNKK komited untuk meningkatkan mutu sektor industri pembersihan ke tahap yang lebih tinggi. Beliau turut mencadangkan diadakan Seminar tentang pentingnya sektor pembersihan dalam pembangunan negara.

Mesyuarat ditangguhkan dengan persetujuan untuk mengadakan mesyuarat susulan dengan unit yang khusus mengawal selia sektor pembersihan bagi membincangkan secara lebih terperinci cadangan yang dikemukakan oleh MACM.

Facebook X WhatsApp Threads
Shopping Cart
Scroll to Top