20hb Nov 2025, KPDN Putrajaya
Lanjutan dari beberapa aduan yang diterima dari ahli-ahli berkaitan syarat kelulusan pengambilan pekerja asing, MACM diketuai oleh Presiden; En Noruddin Idris telah mengadakan perbincangan dengan En Afandi, Penolong Pengarah Kanan SPPIP, KPDNKSG. Turut sama dalam perbincangan tersebut Tuan Haji Faizal Rahim, Timbalan Presiden, En Muzaini Dato’ Mohd Zain, Naib Presiden dan Tuan Haji Nik Husin Dato’ Nik Yusoff, Setiausaha Eksekutif MACM.
Antara perkara yang dibangkitkan ialah;
1. Quota pekerja asing di sektor hotel & kilang
En Afandi menjelaskan bahawa terdapat kontraktor pembersihan yang menggunakan kuota pembersihan untuk membekal pekerja-pekerja sebagai operator di kilang.
MACM mencadangkan supaya En Afandi melawat kilang di mana kontrator pembersihan menjalankan kerja-kerja pembersihan, tidak terlibat sebagai operator kilang.
Begitu juga di hotel, mereka memohon permit pembersihan tetapi bekerja sebagai receptionist, bellboy, tukang masak dan lain-lain.
2. Syarikat enterprise tidak layak dapat permit
Syarat ini dikenakan bagi memastikan setiap pemohon mempunyai modal yang cukup untuk menampung kos levi dan lain-lain dan tidak menyalahgunakan kuota yang diperolehi.
Pada masa yang sama menjadi hasrat SPPIP KPDNKSH untuk mengalakkan syarikat enterprise untuk beralih ke Sendirian Berhad, supaya lebih mampan dan berdaya maju.
KPDN juga ingin menggelakkan syarikat agensi2 pekerjaan dengan mudah menubuhkan enterprise & declare sebagai syarikat menjalankan kerja pembersihan padahal mereka hanya memperdagangkan manusia.
3. Pendaftaran dengan CIDB
KPDN beranggapan bahawa CIDB di bawah Pengurusan Fasiliti adalah badan kawal selia yang boeh memantau kontraktor-kontraktor pembersihan yang tulin.
Pada masa yan sana KPDN berhasrat menjadikan syarikat pembersihan di Malaysia ini sebagai pengendali perkhidmatan profesional.
MACM bertegas bahawa syarat-syarat yang tidak munasabah dan membebankan kontraktor perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya supaya tidak menyekat mana-mana syarikat kecil dan sederhana yang tulen dari mendapatkan kuota untuk pekerja asing.
En Afandi berjanji akan menyemak semula syarat-syarat tersebut. Walau bagaimanapun syarat yang dikenakan boleh dibincangkan oleh kontraktor dan menyakinkan KPDN bahawa mereka adalah kontraktor tulen.


