KUNJUNGAN KPM KE MACM

Isnin, Nov 24, 2025, Bahagian Perolehan Kementerian Pendidikan diketuai oleh Setiausaha Bahagian, En Azwa Affendi telah berkunjung ke MACM bagi membincangkan mengenai kontrak sekolah-sekolah.

MACM telah mencadangkan beberapa langkah bagi menyenarai pendek kontraktor-kontraktor iaitu

  1. Penetapan harga kontrak minimum RM2900.00 bagi seorang pekerja tempatan dan RM3200.00 bagi pekerja asing.

MACM dimaklumkan bahawa untuk tender sebelum ini harga indicatif ialah RM2700 (gaji minimum RM1500).

  • Keutamaan kepada ahli-ahli MACM untuk kontrak pembersihan sekolah-sekolah.

KPM hanya boleh memberi keutamaan kepada ahli MACM, terikat dengan peraturan kewangan.

  • Menilai kontraktor terpilih berdasarkan kepada kriteria ‘Cadangan Penarafan Penilaian Penender’ seperti yang dilampirkan.

MACM turut menerangkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk memperkukuh pengurusan syarikat ahli-ahli melalui;

  1. Program Advokasi Pemerkasaan Ahli
  2. Kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk membantu ahli-ahli kami dari syarikat kecil dan sederhana untuk disijilkan dengan Sistem Pengurusan Kualiti; ISO 9001.
  3. Usaha sedang dijalankan untuk membangunkan program ‘Certified Cleaning Managers’ bagi meningkatkan keupayaan kontraktor-kontraktor mengurus dengan lebih cekap dan lebih berkesan.
  4. MACM sedang membangunkan ‘Standard Pengurusan Industri Pembersihan’ untuk kontraktor-kontraktor pembersihan.

Kami berharap dengan kerjasama yang terjalin, usaha dapat dipertingkatkan untuk menaik taraf kebersihan sekolah-sekolah melalui ahli-ahli MACM sebagai kontraktor pembersihan.

‘UNTUK NEGARA BERSIH DAN LESTARI’

Facebook X WhatsApp Threads
Shopping Cart
Scroll to Top