MACM telah mengadakan kursus teknik mencuci bangunan pada 27 & 28 September di Ixora Hotel, Prai Pulau Pinang. Walaupun kurang sambutan kursus tetap diteruskan dengan hanya 9 peserta, untuk tidak mengecewakan mereka yang telah mendaftar untuk kursus tersebut.
Kursus dua hari telah disampaikan secara teori oleh Presiden; En Noruddin Idris dengan bantuan slide yang mengandungi clip video yang menunjukkan cara setiap langkah kerja dilaksanakan.
Diikuti dengan demo cara kerja oleh En Norazman Shamsuddin dan latihan secara amali untuk peserta-peserta merasai sendiri bagaimana kerja-kerja cucian dijalankan dengan betul dan berkesan.


