SESI BRAINSTORMING MACM 2025

Pada 16–18 Disember 2025 MACM telah mengadakan sesi brainstorming bertempat di Springhill Resort, Cameron Highlands, Pahang. Brainstorming bertujuan untuk merangka hala tuju MACM dan aktiviti bagi tahun 2026.

Antara perkara yang dibincangkan ialah;

  1. Usaha mengenegahkan masalah industri seperti isu pekerja asing, terma kontrak, harga kontrak dan lain-lain ke pihak berkaitan.
  2. Meningkatkan tahap profesionalisme ahli-ahli dan standard perkhidmatan disampaikan.
  3. Meningkakan keupayaan pengurusan dan daya saing ahli-ahli sebagai peneraju perkhidmatan pembersihan berkualiti
  4. Keperluan meningkatkan Sistem Pengurusan Ahli (MMS) dan Laman Sesawang MACM supaya lebih efektif dan berkesan
  5. Meningkatkan exposure MACM dalam pasaran melalui jaringan kerjasama dengan organisasi dalam dan luar negara yang berkaitan.

Antara cadangan yang dibincangkan ialah;

  1. Memperkukuhkan Peranan Advokasi Industri
    • Menetapkan harga minimum kontrak pembersihan dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkaitan.
    • Menyediakan kertas cadangan kaedah dan syarat permohonan pekerja asing untuk dibincangkan dengan pihak berkaitan.
  1. Meningkatkan profesionalisme dan standard industri
    • Mempersijilkan pengurusan syarikat dengan ‘Certified Cleaning Managers’ certificate
    • Menyediakan ‘Manual Mengurus Kontrak Pembersihan’
    • Membangunkan Standard Malaysia bagi ‘Pengurusan Industri Pembersihan’
  1. Memperkasakan ahli-ahli
    • Program Advokasi Pemerkasaan Ahli dijalankan secara online dan face-to-face setiap 3 bulan sekali. Tajuk perbincangan;(1) Pengenalan MACM, (2) Etika Ahli, (3) Prinsip Membersih, (4) Amalan Terbaik Pengurusan (5) Penganggaran Tenaga Pekerja dan Kos Kontrak
    • Program latihan pekerja dan penyelia
    • Program Libat Urus Kontraktor Pembersihan dan MACM
  1. Memperkukuhkan Tadbir Urus dan Integriti MACM
    • Memperkemaskan Sistem Pengurusan Ahli supaya lebih cekap dan berkesan
    • Memperkemaskan Laman Sesawang MACM supaya lebih dynamic dan responsive
    • Taklimat Integriti – Institut Integriti Malaysia
  1. Memperkukuhkan kewangan, penjenamaan dan kelestarian MACM
    • Majlis Makan Malam
    • Fun Run Hari Alam Sekitar
    • Jaringan strategik dengan organisasi dalam dan luar negara yang berkaitan
    • Program kemasyarakatan
Facebook X WhatsApp Threads
Shopping Cart
Scroll to Top